January 24, 2011

gediksss santai...:-)









sue & naimah..pasti merindui...
 
tunjuk rajin..:-)
 

best bila dapat member satu kepala...hehe...tgu lg bila ada kamera ditangan...:-)

January 23, 2011

novel pertama- Ombak Rindu

Inilah novel pertama yang dibaca yang membuatkan diri sue mula berjinak-jinak dan mmbaca novel. klu x salah...ketika ni sue berada di tingkatan 3...masa tengah nak released tension kerana PMR hampir tiba..sue pinjam sebuah novel OMBAK RINDU karya FAUZIAH ASHARI ..daripada seorang kawan...novel ni sgt best...berkisarkan tentang izzah dan hariz...



Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.



Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.



Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.



Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?






Puteri Ku Sayang by Hijjaz





Kawan-kawan, ingat x lagi lagu ni...lagu nasyid yang kita slalo nyanyi masa sekolah dulu..tetiba ja..arini terdengar balik lagu ni dr hp seorang kawan..terimbau nostalgia lama..:-)...memberi seribu makna tersirat..



Aduhai puteriku sayang

Aduhai puteriku sayang

Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli

Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti

Lembutmu kan hiasan

Bukan jua kebanggaan

Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu

Disebalik tabir dirimu

Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri

Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi

Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana

Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama

Tiada siapa yang akan boleh merampasnya

Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama

Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya

Wahai puteriku sayang

Kau bunga terpelihara

Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang

Kau bunga kebanggaan

Aduhai puteriku sayang

Kau bunga idaman

January 22, 2011

amalan zikir harian..mari amalkan bersama...

KOLEKSI-KOLEKSI NOVEL YANG PERNAH DIBACA...





Sejenak Bersama....WARKAH CINTA BERBAU SYURGA..



Hari ini macam hari-hari sebelumnya..sue bekerja seperti biasa..masa yang ada disebabkan x dak customer..sue baca novel...pinjam dari kawan Noraida Mat...bila tengok tajuknya...novel ni pasti novel berbentuk percintaan yang berlandaskan keislaman....WARKAH CINTA BERBAU SYURGA...karya A. UBAIDILLAH ALIAS terbitan PTS LITERA UTAMA SDN BHD...pasti banyak pengajaran yang akan perolehi apabila membaca novel ni...dalam sue menulis entri ni...kat sini...sue ingin kongsikan antara kata-kata yang memberi peransang yang terdapat di dalam novel ini walaupun baru separuh jalan ceritanya yang dibaca:




 " Mana mungkin menjadi sehebat Saidina Ali, jika takut melibas pedang.
   Mana mungkin menjadi sehebat helang, kalau takut dengan ketinggian "



" Makin banyak yang kita faham tentang hidup, makin banyak masalah yang perlu kita hadapi. Makin banyak masalah yang perlu kita hadapi, makin banyak amanah yang perlu kita galas. Berlalunya waktu itu bererti makin berganda cabaran yang kita perlu tempuhi. "






Kata-kata ini pulak diambil, setelah selesai membaca keseluruhan novel ini:



Dr. Yusuf Al-Qaradhawi- buku yang bertajuk "Peranan Pemuda dalam Islam" - 
Peranan pertama adalah mencari ilmu islam dan peranan kedua mengamalkan ilmu itu.


" Cinta itu buta, ia menyubur tanpa batas dan sempadan, ia hadir tanpa suara. 
Adanya dapat dirasa "



" Benarlah, cinta tidak mampu memenangkan segala. Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi. Tetapi cinta mengajar kita menerima sesuatu seadanya. Cinta bukan semestinya bersama. Cinta memastikan orang yang dicintai bahagia."



" Jangan takut. Hidup harus diteruskan dan kenangan perlu dilepaskan. Jangan merungut, tetapi fikirkan hari esok. Jika kita membelakangkan matahari, kita hanya melihat bayang-bayang sendiri. Pandanglah depan, sinaran akan menyambut hanyat dan mengusir segala kedinginan yang membeku dalam duka semalam "

           

January 18, 2011

lalui hari seperti biasa....


selasa-18 Januari 2010..
perjalanan hidupku seperti biasa...
bangun pagi...lakukan aktiviti harian..n then bersiap pergi kerja...
sampai tmpt kerja dlm 9.55pg...
sampai awal2 pun...buang masa...klu tercongok ja depan kedai...tgu pintu dibuka...
sedar x sedar, dah sebulan 9 hari kerja kat sini...
kejap ja masa berlalu...
sampai bila ya nak kerja kat sini...eeemmm...
kerja kat sini...mmg la best...sbb x banyak keja pun...
just wait...wait...n waittt...klu ada customer...
ada la kerjanya....klu x..melangut la dgn member sorg lg...naimah....
hg tgk aku...aku tgk hg...hik3...
bila fikirkan masa depan....jd takot plak...
makin hari...usia makin meningkat...
perlu melakukan sesuatu...
agar waktu x disia-siakan...
dalam bekerja disini...
try jugak cari kerja lain...
bukan apa...mungkin akan dpt kerja yg lebih baik..
yang dapat memberi kepuasan bekerja...
n gaji yang lebih tinggi...
kos sara hidup sekrang ni..semakin hari...semakin melonjak...
sekarang x pa la...duduk dengan family...tp sampai bila nak susahkan mak ayah...
sampai masa...kita mesti tolong diaorang pulak...
biarlah pengorbanan mereka tanggung pengajian selama ni...dapat dibalas...
walaupun hakikatya...ia x mungkin terbalas...

x sabar nak tunggu raya cina...
setiap hari..menghitung hari...dah dekat 2 bulan x jmp buah hati...:-)
so masa tok berjumpa...hehehe
Alhamdulilah....hubungan kami dah setahun berlalu...
10-01-11 haritu...genap hubungan kami setahun...
harap2 hubungan ni akan kekal slamanya....amin...

dalam dok bekerja n bila dapat pegang duit sniri...
mcm2 dalam kepala ni...nak dibelinya..
tp mesti mengutamakan yang menjadi keutamaan..
beri pada mak ayah dulu...walaupun...x banyak mana...

Alhamdulilah juga...keluarga semuanya sehat2...
sekarang dah ada 4 orang anak sedara yang sedang membesar...
buasnya x taw nak kata la...
tp...diaorang semua la permata hati keluarga...
dan memberi kegembiraan...
sinar kebahagiaan...
moga Tuhan...akan memanjangkan usia kedua ibu bapa...
agar mereka dapat melihat anak-anak ku pula...:-)
buat2 abg2 serta akak2 n adik...
semoga kamu2 semua...bahagia dan beroleh rahmat dari-NYA...


January 15, 2011

SURPRISE...:-)

Surpriseeeee...+ ...teruja....mmg terkejut bila dapat satu bungkusan ni..bentuknya macam beg...tp..bila buka...sangat2 la suka...benda2 yang diidamkan....tgu lg...terdiam seketika...hehehe....buka2 ja...dapat kamera...warna merah..PowerShot A3100 IS ..present from my lovely Shah Nizam....:-)..thanks to him...appreciate it..dia taw..awek dia sorang ni gila gambar..bila kami nak kuaq memana..senang skit kan nak tgkp gmbr as memory....sbnrnya dah 4 hari dpt present tu...walaupun baru arini tulis entry sal ni...saja...supaya senang nak ingt...blog ni kira cam diari la...hik3....aritu...sue bagi jam kat dia...hadiah sempena 1st anniversary kami...walaupun x la mahal mana..hope dia suka ngn hadiah tu...ikhlas dari sue..untuk tanda kasih sayang dan ingatan...semoga hubungan kami akan terus berkekalan...amin...Dia ni..mmg slalo watkan sue terkejut....slalo dgn surprisenya...hehehe...i like...(^.^)

January 14, 2011

SEDIH~~~X der ker konvo bulan 3 ni..huhu

Tak tenang rasanya apabila dengar khabar-khabar angin yg mengatakan UUM x wat konvo bulan 3...Pihak pengurusan just nak buat konvo setahun sekali...klu betul la statement ni...alamatnya kena tgu lg 9 bulan la....baru leh konvo...alahai....lamanya...dah setahn hbs balajaq...baru leh konvo..???..x best langsung...dah x mcm student dah la klu konvo lambt2...baru ja excited nak g kl raya cina ni..konon2nya..nak g shoping baju n kasut konvo la...emmm....tp minta-minta la desas-desus ni x betol..konvo bulan 3 tetap ada....mari kita sama-sama doakan...dah lenguh tangan ni search internet..buka web uum...search google...merata tempt...tgk..kot2 ada statement dari pihak pengurusan UUM kata konvo setahun sekali....apa yg x kena x taw..slama ni elok ja konvo setahun 2 kali..nak tukaq plak dah...penat taw nak tunggu....iiissssshhhh....awatla time ni jugak nak wat setahun sekali...wat la 3 4 tahun akan dtg...time tu mesti saya dah x kisah...:-)

apapun....hope semua ini tidak benar...sy x sbar maw ketemu dgn kawan2 lama...memakai jubah berwarna biru...meraikan kejayaan penat lelah kami selama 3 tahun setengah....maw melihat senyuman dan kebanggaan mak ayah serta family apabila seorang anak megenggam segulung ijazah...pasti waktu itu merupakan detik paling manis dalam hidup...dpt memberikan mereka sebuah kejayaan atas segala pengorbanan mereka..moga satu hari nanti...segalanya dapat ku balas...walaupun hakikatnya...terlalu besar jasa mereka dan ia tidak mampu dibalas dengan wang ringgit...

KEMBALI..hepi new year 2011~~

Setelah sekian lama x penah sign in blog ni....arini...14 Januari 2011...sue

kembali..:-)..wooowww..dah 2011..rasanya x terlambat lg kan tok ucapkan SELAMAT

TAHUN BARU..ini maknanya..umo dah nakmenambah lagi 1..23tahun la jadinya...cam x caya

ja..umo dah nak masuk 23...tp rasa..perangai cam budak2 lg...hehehe...

Alhamdulilah....setelah berusaha mencari kerja...akhirnya dapat jugak kerja...bukan senang

ya nak cari kerja zaman sekarang....lepas 5 interview, baru dpt...x per la walaupun gaji x

besar mana..tp...sebagai fresh graduate...mencari pengalaman yang penting...Kerja

sekarang ni best jugak..sbb kerja..tp x mcm kerja...time awl bulan dan ujung bulan ja sibuk

sikit...nak taw kerja apa???hehehe.. kerja jd perantara tok org-org indon kirim wang ke

family diaorg di indon....kerja ni mudah n simple..but...must be careful...sbb melibatkan

duit...kadang2..sekali diorang antar...smpi RM10,000....bayangkan la...RM1=2850

Rupiah...klu RM10,000??? = 2, 850,000 RUPIAH WOOOwww...banyaknya....leh jadi

kaya....hehehe...duit diorg rendah..sbb tu jd berjuta-juta...:-)

Setakat ni...kerja ok lg...x berniat nak tukar kerja lg..tgu la dlm 5 6 bulan nti...mcm

mana...klu ada rezeki yang lebih baik....x salah kan tok mengambilnya..n x salah tok

mencuba sesuatu yang baru....Moga2 Tuhan akan memurahkan rezeki hamba_NYA yang

sorang ni...amin....